Khamis, 14 Februari 2013

Sebuah pengharapan bhg.1

Aku tulis ini dari luar realiti hidup aku,
tiada bersangkut paut dengan kisah luaran.
Aku tulis demi satu pengharapan.

         Ketika dalam perjalan aku dari Rawang ke Sungai besar, Selangor aku dan dua orang lagi Crew, Razali dan Kamal singgah sebentar bersarapan di sebuah kedai makan berdekatan Balai Polis yang terletak di sebuah bandar kecil di Bestari Jaya. Jam ketika itu kira-kira sembilan pagi. Kami duduk dan memesan makanan. Memandangkan aku ni jenis yang biasanya tidak bersapan jadi aku memilih makanan yang tidak terlalu berat, Roti Canai dan Teh O suam sahaja.
         Bestari Jaya ni nama dahulunya adalah Batang Berjuntai yang merupakan satu istilah dalam bahasa Melayu. Ia digunakan kerana kawasan itu mempunyai landasan kereta api antara Batang Berjuntai dengan Batu Arang dan seterusnya pada ke laluan utama Landasan Kereta Api Melayu di Kuang. Laluan antara bandar dan Batu Arang telah dimusnahkan oleh askar Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dibina semula. Itu cerita lamanya. Pada tahun 2007, kerajaan negeri Selangor secara rasminya telah membuat penamaan semula Batang Berjuntai kepada "Bestari Jaya". Antara penukaran adalah bagi menjaga nama tempat tersebut supaya tempat dan masyarakat disana tidak disalah ertikan dengan tanggapan yang tidak senonoh. Selain itu ia sebagai salah satu inisiatif bagi mewujudkan perkampungan ilmu berikutan terbina kampus utama Universiti Selangor (UNISEL) disitu.
     Kami menikmati sarapan sambil bergelak tawa kerana Kamal menceritakan satu adegan lucu dari sebuah cerita yang beliau tonton pada malam tadi di kaca TV. Ak tidak pasti cerita apa dan ketika itu terdapat seoarang lelaki tua lingkungan usia lebih separuh abad menuntun basikal usang memasuki ruang kedai, aku lihat dibahagian tempat duduk belakang diikatnya beberapa rumpun pucuk Paku. Dari jumlahnya aku sudah dapat meneka bahawa pucuk Paku itu bakal dijual kepada tuan kedai tersebut.
     Telingaku masih pada bualan Kamal dan Razali cuma anak mata sahaja aku arahkan melihat tingkah laku orang tua tersebut. Terasa simpati dalam hati yang mendalam melihat keadaanya dengan baju yang compang-camping agak tidak terurus. Dikepalanya dipadankan dengan songkok, jika dari pengetahuan sejak kecil aku panggil jenis songkok macam tu songkok lembik, ejaanya saja 'songkok lembik' tetapi sebutannya 'songkok lembek'. Ahh..bukan itu yang menjadi isu isi cerita aku ini cuma aku menokok tambahnya agar menjadi sebuah permulaan cerita. Jadi aku akhirkan cerita tentang songkok lembek tu.
     Dalam masa yang sama aku lihat seorang lelaki keluar dari dalam kedai menyambut kedatangan lelaki tua itu, lalu diambilnya pucuk Paku tersebut dan dipikulnya masuk ke dalam kedai. Lelaki tua itu terus duduk. Kamal dan Razali terdiam melihat aku dengan mata yang kaku ke arah si tua itu. Mereka turut bersama membawa anak mata kearah yang sama.
     Lelaki yang mengambil pucuk Paku tadi datang semula dibawanya Teh O ke arah lelaki tua itu lalu diselitnya wang kertas ke dalam poket baju si tua tersebut. Aku lihat bewarna merah seakan RM10. Kemudian lelaki tersebut terus beredar selepas itu. Aku terfikir dan bertanya pada diri sendiri, dengan jumlah pucu Paku yang begitu banyak hanya dibayar dengan cuma RM10 sahaja ke?. Seperti tidak patut ia dibeli dengan harga tersebut. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya dibayar dengan harga RM20-RM30 memandangkan harga jualan pucuk Paku yang biasa dijual di pasar tani secara kasarnya dijual agak mahal juga iaitu RM3 untuk sekilo. Pucuk Paku yang si tua tu bawa aku fikir lebih dari 5 kilogram.
     Aku bangun dari tempat duduk dan aku berjalan kearah meja si tua tersebut, aku memberi salam lalu terus meminta duduk di kerusi hadapan. Kamal dan Razali hanya melihat perbuatan aku. Aku bukan apa, sengaja aku hendak bertanya khabar lelaki tua itu kerana aku simpati melihatnya. Lalu aku bertanya.
     "Pakcik apa khabar?. Soalan pertama aku ajukan.
     "Baik." Balas lelaki tua itu dengan ringkas.
     "Siapa nama pakcik." Soal aku ingin tahu. lelaki tua itu diam tanpa jawapan. Dia menunduk. Aku lihat mukanya, kelihatan dia malu. Aku faham sebenarnya buat seorang tua yang usianya lebih separuh abad ni akan berasa malu jika didampingi oleh seseorang yag jauh lebih muda darinya, lagi-lagi jika dia perasan yang aku asik perhatikannya sejak tadi.
     "Pakcik sudah sarapan?." Soal aku lagi. Kali ni aku soal dengan nada yang lebih santun supaya aku berjaya memikat lelaki tua itu dari menjawab soalan aku.
     "Pakcik tidak bersarapan. sudah lama pakcik tidak bersarapan." Jawab lelaki tua itu. Suaranya agak bergetar seperti seorang yang dalam penat atau mungkin normal untuk lelaki seusia itu. Aku masih dihutang jawapan untuk soalan kedua tadi.
     "Pakcik tak lapar?." Aku tambah soalan lagi. Kali ni sengaja aku buat muka. Mata aku bulatkan. Gaya muka kucing manja kot. Kau orang cuba lah gambarkannya walaupun aku sedang menipu kau orang, kau orang harus percaya ini jika tidak kau orang tidak akan temui pengharapan yang aku maksudkan nanti.
     Kau orang mesti dapat gambarannya kan?, manamungkin kau orang tak tahu atau kau orang buat-buat tak tahu saja sebab cerita aku ni tak menarik minat kau orang untuk terus membaca sehingga akhirnya ke?. Nanti dulu, kita baru sahaja di pertengahan cerita, masih ada sisa-sisa ceritanya didalam fikiran yang aku mahu habiskan disini. Maka teruskan bacaan kau orang okei. Terima kasih. :)
     "Pakcik tak lapar buat masa ni, kesusahan pakcik sudah mengenyangkan perut pakcik." Jawapan yang memberi makna tersirat dari lelaki tua tu. Namun aku faham apa ertinya. Lelaki tua itu orang susah dan kesusahan itu mengajar dirinya untuk bertahan dan bersabar dalam hidupnya maka dia perlu menahan lapar di waktu pagi untuk terus hidup hingga ke malam hari.
     Kemudian lelaki tua itu menyarung songkok lembiknya di kepala, bangun dari tempat duduk dan beredar menuntun basikal usangnya itu, meninggalkan tanda tanya. Dan aku semakin tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi kepada dia?, dimana anak-anak dia?, isteri dia?, dan siapa nama serta usianya. Aku bukan jenis manusia yang nak ambil tahu sangat hal orang ni, tapi entahlah mungkin disebabkan keadaanya tu hati aku tergerak untuk tahu lebih lanjut mengenainya.
     Niat kami bertiga untuk singgah sebentar di kedai makan tu berubah menjadi lama, mungkin sejam atau mungkin lebih lama dari itu jika aku menghalang lelaki tua itu dari terus beredar. Kamal dan Razali dengan muka menahan bosan. Kasihan mereka menunggu aku, lalu aku kembali ke tempat duduk asal. Aku menghabiskan Teh O suam yang dah pun sejuk. Silap aku tak memesan Teh O panas saja tadi. Kamal membuat bayaran dan kami bertiga terus beredar mendapatkan kereta menyambung perjalanan ke destinasi kami. Dalam kereta aku terdiam kerana memikirkan lelaki tua itu. Aku ni bukan apa kalau dalam situasi tu mula lah buat aku fikir dua tiga hari.
     "Sudah-sudah la tu memikir hal orang tua tu Zham." Dengan tiba-tiba Razali bersuara memotong kosentrasi fikiran aku. Aku tersenyum dan Kamal cuma berketawa kecil. Aku melupakan hal si tua dahulu dengan harapan kelak aku akan berjumpanya lagi kerana aku akan ke Sungai Besar lagi dalam bulan hadapan, mungkin aku akan singgah di kedai makan yang sama untuk bersarapan.

Tamat bhg.1-Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan