Khamis, 31 Januari 2013

Doa mahu melapangkan dada dan dimudahkan segala urusan.

Nabi Musa berkata: "Ya tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku", (Surah Thaha ayat 26-26)
Baca selanjutnya...

Selasa, 29 Januari 2013

Solat Subuh berjamaah.

#Fadzilat.
- Membuka pintu kefahaman, kebaikan, keyakinan, kekuatan dan kejayaan. Rahmat datang bagaikan CAHAYA menerangi kegelapan.
# "Sekiranya manusia tahu betapa besarnya fadzilat solat subuh dan isya' berjamaah, mereka akan mendatangi rumah Allah walaupun dalam keadaan merangkak"
-maksud Hadith.
# Abu Umamah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :
"Siapa berpagi-pagi keluar pergi ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan dan menyerjakannya, maka dia akan memperolehi pahala haji yang sempurna."
- Al-Tabrani, Al-Hakim dan Al-Maqdisiy. Sahih.
# Abu Hurairah r.a. Meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :
"Dan ingin supaya dapat ku suruh kanak-kanak mengumpul kayu api untuk ku dan kemudian akan ku pergi dari rumah ke rumah orang-orang yang solat di rumah masing-masing tanpa uzur dan membakarnya".
# Solat subuh berjamaah di rumah Allah itu amat sukar, kecuali bagi mereka yang KUAT MENTALNYA.
Baca selanjutnya...

Sabtu, 26 Januari 2013

Budak Liku bhg.2

     Hotel Hyatt Regency Saujana. Hotel yang Zack cakapkan tu. Dia yang bawa kami ke sini. Hotel ni dekat subang letaknya. Sekarang ni dah ditukar nama kepada The Saujana Hotel. Mungkin sebab dah tukar pengurusan baru. Aku tak tahu lah apa sebab utamanya. Boleh tahan juga jauhnya dari rumah. Ambil masa sejam dari Flat Kantan tu kena naik 2 bas dari rumah ke subang perdana dan ambil bas kedua untuk ke hotel. Itu saje transport yang agak murah tambangnya berbanding teksi yang agak mahal untuk kami yang dalam bajet ni.
     Aku dapat bahagian Engineering. Gempak lahanat bunyinya, kerja bagai tukang kayu. Kalau nak di ikutkan bahagian aku ni dipanggil Maintenance. Engineering Maintenance. Skop kerja aku dari mengecat paip, buat room maintenance hingga lah tidur bawah cooling tower dan tangki air. Kerja yang agak berat juga, kan?.
     Kadang kala aku dan Wan kena pikul kayu ke bahagian atas kawasan hotel sebab kayu tu nak digantikan pada bahagian kayu yang sudah reput di jeti. Di tengah hotel antara bangunan hotel dan padang golf terdapat sebuah tasik dan ditepi tasik terbina sebuah Bar Cafe dan ada jeti disitu. Zack cakap dekat tasik tu orang pernah jumpa ular besar, kecoh juga la kisah tu dulu.
     Wan dan Naz juga bekerja ditempat yang sama. Wan satu jabatan dengan aku sebab dari awal lagi kami berpakat nak mintak jabatan yang sama dan Naz pula minta bahagian kitchen kerana dia tak berapa yakin nak pikul kerja-kerja maintenance ni.
     Masa interview tu hari pihak pengurusan banyak juga aju soalan pada aku, soalan yang paling tak guna ada ke patut dia tanya aku isap ganja ke sebab mata aku lebam. Entah ape pun aku tak tahu apa punca lebam ni. Mungkin masa sekolah dulu aku selalu tidur lewat sebab aku sering balik lewat malam, lepak dengan geng Mahfins The Magnificent Seven.
     Bila dah tak cukup tidur aku ada juga curi-curi tidur dalam kelas masa disekolah dulu. Malam sebelum interview tu pun aku tidur jam 2 pagi, gara-gara melayan si zack melepak kat mapley tengok bola. Jawapan paling selamat aku bagitahu kat encik manager tu mata aku ni disebabkan keturunan. Konon keturunan mamak lah. Encik manager pun hangguk setuju.
     "Muka kau pun macam pakistan jual carpet je." Perli si encik manager tu tadi.
Si wan pula dari awal sampai sekarang hanya senyum tawar. Encik manager takde pula soal dia soalan yg pelik-pelik macam aku kena. Sungguh tak adil betul.
     "Bila awak boleh mula kerja ni?" Soal encik manager lagi.
     "Hari ni juga lah encik." Jawab aku tak sabar. Wan mengangguk setuju.
     Bukan apa aku cuma nak encik manager ni nampak semangat aku tuk berkhidmat kat situ. Lakonan kena mantap beb, baru orang yakin dengan kita. Encik manager memanggil seseorang. Namanya Lokman. Dia ni staf senior maintenance kat situ. Terus dibawanya aku dan wan menukar pakaian kerja. Overall, safety boot dan anak kunci. Jahanam macam badut. Di poket kiri ditenun dengan perkataan Engineering. Gempak siot, macam engineer.
     Kami disini diberi kontrak tiga bulan sebelum diserap ke jawatan tetap. Gaji pula dikira mengikut jam bekerja. Sejam RM5, Masuk jam 9 dan balik jam 5 petang dan gaji dibayar dua minggu sekali. Ok la tu. Xdela aku kering nak menunggu gaji nanti.
     Fasal gaji aku tak fikir sangat sebab bukan senang nak cari kerja dengan hanya berkelulusan SPM ni. Boleh lah tuk permulaan hidup baru ni. Kalau xsesuai nanti aku fikir cari kerja lain saje lah. Sementara tu kena cari modal kat sini dulu sebelum ke tempat lain.
     Untuk hari pertama tu aku dan wan hanya di bawa Lokman tour satu hotel dan Lokman menerangkan skop kerja kami sambil berjalan tu je. Selebihnya kami lepak di stor sparepart sampai balik. Sebelum tu kena tukar pakaian dulu. Overall dipulangkan dan esok ambil yang baru. Safety boot diberi simpan dalam locker. Balik dengan cara yang sama ambil bas ke subang perdana dan ambil bas yang lain ke Flat Kantan. Sampai saja kami pergi isi perut dan lepas tu balik bersiap tuk bermimpi.
     Tutup cerita hari pertama sebagai seorang Engineering Maintanance. Sebelum sempat aku melelapkan mata.

     Nokia 6020 melagukan royal jelly by butterfingers.

     Mak aku call. Dan aku keluar dari bilik ke ruang balkoni dan kami berborak agak lama. Aku banyak bercerita tentang kehidupan baru dengan harapan mak aku tak akan risau tentang aku disini. Lepas dekat sejam berborak. Aku masuk semula ke bilik dan melabuhakan semula kepala ke bantal. Tidur.
     Pagi tu Aku bangun agak awal. Bunyi bising didapur mungkin Zack dan Lan sudah pun bangun. Aku kejutkan dua lagi anak itik yang sedang berdengkor tu. Mandi dan aku terus bersiap. Lan dah pun siap menunggu kami.
     Sementara menunggu mereka aku membakar rokok sambil melihat si Zack mencari-cari sesuatu dan Lan terus keluar. Aku tak pernah tanya pula apa kerja si Lan tu. Nampak gaya pakaian agak formal. Officeboy kot secara tepatnya aku tak tahu lah.
    "Kau cari apa Zack?." Soal aku.
    "Wallet gua beb, mana gua bubuh pun gua dah tak ingat, takde kat tepat biasa gua bubuh tu, gua rasa macam gua tertinggal kat luar je malam tadi." Jawab Zack dengan muka risaunya. Dahi mula berkerut. Tangan digaru-garunya di kepala.
     Aku tolong mencari hinggalah jumpa wallet tu di celahan sofa. Mungkin terjatuh semasa Zack baring disitu malam tadi.
     "Huh, lega dah jumpa, harta pusaka ni beb." Gurau Zack. Aku cuma gelak kecil.
     "Zack, aku nak tanya kau ni. Si Lan tu kerja apa aku nampak kemas je pakaiannya?." Tanya aku pada Zack.
     "Pejabat pos, jaga kaunter." Jawab si Zack dengan nada ringkas. Aku cuma terdiam.
     Kami bertiga ke Hotel dengan cara semalam, ambil bas Selangor ke Subang Perdana dan ambil bas Intrakota ke Hotel. Zack dengan motornya. Bila sampai kami tukar IC kepada pas kerja sementara, masuk dan tukar uniform kerja. Aku dan Wan ke kawasan stor sparepart dan Naz terus naik ke atas. Sebelum melakukan kerja kami diberi taklimat ringkas dalam kumpulan, selepas itu buat kerja mengikut arahan Job Leader macam biasa.

Tamat bhg.2    
Baca selanjutnya...

Rabu, 23 Januari 2013

Doa mohon diberi ilham untuk mensyukuri nikmat dan beramal soleh serta dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh.

"Ya Tuhan berikan aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan naikmat-Mu ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh", (Surah an-Nami ayat 19) .
Baca selanjutnya...

Ahad, 20 Januari 2013

Doa mohon keampunan dan rahmat Allah.

"Ya Tuhan kami, kami sudah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah pemberi rahmat yang terbaik", (Surah al-Mukminun ayat 109)
Baca selanjutnya...

Sabtu, 19 Januari 2013

Budak Liku bhg.1

     Sepuluh tahun aku simpan kisah ni erat dalam kotak fikiran aku paling dalam. Hari dimana aku meninggalkan rumah tanpa kebenaran kedua orang tua. Saat aku mengheret beg besar dihadapan mereka dalam keadaan mengalir air mata, dengan perasaan tidak sanggup aku tetapkan hati juga demi kerana terpaksa.
     Aku cuma akan berasa tertekan jika terus disana tanpa kerja. Aku nekad tinggalkan kampung. Kesana sini tanpa tujuan bagi aku adalah sesuatu yang tak berfaedah. Bergaul dengan mereka yang tiada masa depan dan menghabiskan masa dengan enjoy semata amat membosankan. Aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang gagal mengatur hidup dan akhirnya mengambil dadah demi membuang rasa bosan dan menambah kepuasan hidup.
     Sebenarnya perkara ni aku sudah rancang seminggu lebih awal lagi. Juga yang akan bersama aku ke sana adalah dua rakan aku, Naz dan Wan yang memasang matlamat yang sama. Aku pernah berbincang tentang perkara ni pada mak dan ayah aku sebelum ni, namun reaksi mereka tidak menyenangkan hati. Jadi aku terpaksa memberontak. Fikiran aku sering terganggudan menjadi panas baran. Sebelum ia bertukar lebih buruk maka lebih elok aku tinggalkan kampung.
     Tiba harinya, aku merayu mereka membenarkan aku keluar merantau mencari kerja. Akhirnya mereka merelakan pemergian aku walaupun aku tahu apa isi hati mereka tika itu. Dalam pelukan kami sama-sama menangis. Aku harap mereka maafkan aku. Langkah aku perlahan, hati aku sayu meninggalkan mereka.
     Cepat Ekspress jam 2 petang dari segamat ke KL. Sebelum itu aku dah deal dengan rakan aku disana, Zack namanya. Aku pun sudah lama tidak berjumpa Zack, tiga tahun lamanya. Kali terakhir aku jumpa Zack semasa teman dia ambil keputusan SPM dan selepas tu dia membawa diri ke Kuala Lumpur beberapa hari selepas tu. Aku, Naz dan Wan akan tinggal dengan Zack disana. Aku menyuruh Zack menunggu aku di Pudu.
     Wan dan Naz rancak berborak entah apa jadah topiknya pun aku tak tahu. Mereka duduk dua baris dihadapan aku, maka perbualan mereka kurang jelas. Aku duduk bersebelah dengan bangla, pehhhh!! perit baunya. Sial. Perjalanan tiga jam lebih aku habiskan dengan tidur saja. Lali dengan bau menyengat. Sedar beberapa kali dan aku terlelap semula. Tingtong. Entah berapa kali aku sedar dan tidur semula, kali terakhir aku terjaga kami sudah sampai di tol Sg.Besi. Perasaan sedih meninggalkan kampung halaman semakin lenyap di fikiran.

     Nokia 6020 melagukan Korus Pannyroyal Tea by Nirvana. New message from Zackiemiechi. Read.
     -Beb gua dah terpacak kat pudu ni. Lu mana, dah sampai belum?.

     Celaka aku lupa nak topup sebelum naik bas tadi. Tak dapat nak response, mampos kalau buatnya Zack blah macam tu je jenuh nak cari rumahnya. Jangan dia naik baran sudah la, silap-silap tak dapat nak tumpang rumah dia nanti. Maklumlah buat orang macam aku ni yang pertama kali jejak kaki disana mahu sesat dibuatnya nanti jika tanpa dibantu. Tiba di Pudu dekat jam enam petang. Terus aku lari cari topup. Wan dan Naz bergegas mengejar dibelakang. Selepas berjaya topup, terus aku call Zack. Dengan nafas tercungap-cungap. Bakar rokok.

     Contact search.
     Zakiemiechi.
     Call.
     Caller ringtone stereogirl by nice stupid playground menemani panggilan.
     Aku : "hallo zack aku dah sampai ni. Sori aku lupa nak topup awal tadi, kredit phone habis, tu yang lambat response. Jangan marah eh. Kau kat mana tu? Aku dah sampai ni."
     Zack : hah!. Sampai basah ketiak gua tunggu lu sial. Tunggu masa nak cau je. Gua ingat lu dah patah balik. Lu kan anak mak, mane tau tiba-tiba tukar fikiran sebab sayang nak tinggalkan ketiak mak, Hahahaa. Aku kat kedai makan kat belakang ni hah. Lu kat mana tu bro? Platform brape?"
     Aku : "Sial kau. Aku dah kat tangga pintu utama ni, aku tunggu kau kat sini jelah."
     Zack : "ok, kejap lagi gua sampai."
     Off call.
     Phone dikembalikan ke dalam poket.

     Rokok ditangan aku bawa ke bibir. Sedut. Hembus. Wan dan Naz hanya duduk tercongok je perhati awek lalu lalang. Beberapa minit lepas tu Zack pun sampai. Aku terus kenalkan Zack pada Wan dan Naz.
     "Amacam KL?. Puas hati tinggalkan kampung?." soal Zack.
     "Entah lah Zack, cuma yang aku tahu Pudu ni sesak, panas dan udara diluar tercemar tak macam di kampung, sejuk dan nyaman." Balas aku.
     "Memang lah bro, berapa juta orang kat KL ni yang guna pudu ni dan berapa ribu kenderaan kat luar tu. Pudu ni tunggu masa nak runtuh je lagi baru nak di besarkan. Lu tau pudu ni dah berdiri kat sini bape lama?" Soal Zack lagi.
     "Entah." Jawapan mudah dari aku.
     "Lu ni semuanya tak tau. Lama nanti lu tau lah bro." tegas zack.
     Padahal aku tau yang si Zack ni pun tak tau juga jawapannya. Tau soal je. Sejarah SPM tak pass ada hati nak soal aku bab sejarah. Porahhh!!
     Dulu masa ambil result SPM sempat juga aku menjeling ke kertas result SPMnya.
1B 2C 2D 2E 2G. Gelap masa depan. Kahkahkah.
     "Dah jom ikut aku." Bahas Zack.
     "Pergi mana?. Rumah kau ke?" soal aku.
     "Jom jela, ikut je aku." Tegas Zack.
     Celake jugak Zack ni. Kami menjadi anak itik yang sedang mengikut ibunya berjalan. Melangkah ikut jejak si zack ni entah mana hala lah yang dia nak bawak kami bertiga ni pergi tah la. Laju juga langkahnya. Lelah berlari cari topup tadi pun tak hilang lagi ditambah pula penat terpaksa melangkah laju ikut langkah si zack ni. Pengsan. Aku bertiga ikut sajelah. Aku menoleh ke belakang. Naz tertinggal beberapa langkah, badan dia agak besar. Jadi langkahnya perlahan. Aku fikir kalau dia ikut gaya kami melangkah mau tergolek dia tepi jalan tu nanti.
     Ambil Metrobus bernombor 99 tertera Mid Valley, One Utama dan Kota Damansara, rumah sewa si Zack ni di Kota Damansara. Didalam bas kami duduk berdekatan.
     "Zack, rumah kau jauh x?." soal aku.
     "Tak jauh sangat, habis rokok sebatang sampai lah. Lebih kurang sekangkang kera je jauhnya" gurau si Zack.
     "Hahahahaha." gelak besar ibu itik dan tiga ekor anaknya. Soalan aku habis disitu. Celake jugak aku fikir si zack ni, aku soal serius kot. Dia tetap dengan perangai loya buruk dia sejak dulu tak pernah berubah.
     Zack ni kawan aku masa kat sekolah menengah dulu. Dia asal dari JB, pindah di kampung aku sejak umur 6 tahun lagi. Dia tinggal dengan nenek dia kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia akibat kcelakaan jalan raya Disebabkan dia ni anak tunggal, selepas dari peristiwa tu dia terus dihantar ke kampung oleh bapa saudaranya. Kira dah lama lah tinggal dengan neneknya tu.
     Aku rapat dengan dia pun sejak satu kumpulan di Kem Kepimpinan di sekolah dulu. Masa tu umur aku 16 tahun dan si zack ni tua setahun dari aku. Sebelum tu haram kami tak pernah tegur pun. Yelah dia kan senior, lagak macam jalak. Bengkek aku dengan gayanya tu. Tapi bila dah kenal si Zack ni bukan macam yang aku sangkakan. Dia ok saje macam orang lain juga, cuma dia ni amik masa agak lama sikit nak berkawan. Bila dah kenal boleh tahan sembang kencang juga dia ni.
     "Welcomes home, my friend." Dengan tiba-tiba Zack memekik.
     "Celake apa pula si Zack ni merepek." Bisik Wan pada aku. Aku cuma tersenyum dan Naz buat muka tak tahu apa-apa.
Sampailah kami ke rumah sewa Zack setelah berapa jam dibawa bas ke sini aku pun tak tau sangat sebab rancak berbual.
     No.14, Flat Kantan,
     Seksyen 7,
     Kota Damansara.
     Zack kenalkan kami dengan housematenya, Lan. Zack bagitahu aku masa dalam bas tadi, dia cuma tinggal berdua saje. Sebelum ni tinggal bertiga tapi sorang lagi dah dihalau Lan sebab susah nak bayar sewa rumah, kalau tak lambat beberapa hari atau hold bayar bulan depan saje, bila dah lama-lama naik tocang pulak. Terus dimarah-marahnya budak tu hingga merajuk keluar terus dari rumah tu. Kasihan betul dia.
     Kata Zack, si Lan ni memang macam tu, terlebih tegas. Pernah satu ketika dulu Zack pun dimarahnya sebab biarkan kasutnya bersepah dihalaman pintu, itu pun diambik kira Lan. Tapi aku fikir ada baiknya juga dan ada salahnya juga pada Zack. Ahh.. Lantak engkau lah Zack. Hal rumah tangga orang kita tak boleh nak kacau.. haha..
     Zack menyuruh kamu mandi dahulu sementara dia keluar membeli makan malam.
     "Oleh kerana luorang baru sampai, malam ni aku blanje luorang dinner." Kata Zack dengan semangat. Kami bertiga ya kan aje. Baik hati juga si Zack ni.
     Jam lapan lebih Zack sampai membawa makanan dan kami berempat makan bersama. Housemate Zack si Lan tu dah keluar entah kemana.
     "Luorang nak kje ape kat sini?." Soal Zack sambil mulut mengunyah makanan.
     "Apa-apa pun aku tak kisah la Zack. Asalkan kerja yang halal dan mudah nak ambil transport untuk pergi dan balik rumah." Jawab aku.
     Wan dan Naz hanya mendengar saja, khusyuk membaham nasi goreng ayam yang dibeli Zack tadi.
     "Kau kerja apa kat sini Zack, gigolo?." Soal aku pula.
     "Hahahahaha.." Gelak besar Zack bila mendengar soalan aku tu.
     "Gua kerja kat hotel lah bro, Hyatt Hotel dekat subang nun, kalau gigolo aku dah tak duduk kat flat ni dan mungkin dah bergaya dengan kereta idaman, motor tu aku sedekah kat lu aje." Jawab Zack sambil menelan sisa makanan yang dikunyahnya tadi.
     "Belum apa-apa kau dah nak belagak, patut la tuhan tak bagi kau kaya Zack." Tegas aku.
     "Eh.., apa kata kau ejas kami bertiga kerja kat hotel tu, boleh?." Arah aku.
     "OK, esok pagi jam lapan kita semua dah kena gerak ke hotel tu, esok gua teman luorang pergi naik bas, lambat gua tinggal." Tegas Zack.
     "Baik!!.." Jawab kami bertiga serentak.
     Selesai saja makan Zack mengajar aku keluar tengok bola di Mapley dan kami pulang jam dua pagi. Wan dan Naz dah pun tidur, aku terus meletakkan tubuh membujur menunggu saat putri kayangan menjemputku bermimpi. Pengsan.

Tamat bhg.1
Baca selanjutnya...