Selasa, 5 Februari 2013

Budak Liku bhg.3

     Sudah sebulan aku disini, Flat Kantan. Hari ni gaji. Bila time gaji siapa yang tak rasa seronok kan? Pada hari tersebut kami bertiga bangun awal sedikit daripada biasa sebab bila hari gaji ni semangat dia lain macam sikit. Pergi kerja dengan senyuman. Macam biasalah kami bertiga naik bas seperti biasa dan Zack dengan motornya.
     Seperti biasa juga lah sebahagian gaji akan aku buat bayar hutang Zack dan bayar sewa rumah. Bila duit takde memang Zack akan tolong pinjamkan duit dia dulu. Jadi bila dapat gaji bayar semula, bakinya cukup-cukup untuk belanja harian menunggu gaji akan datang.
     Fasal makan memang tak perlu pakai banyak duit. Time kerja isnin sampai jumaat, sarapan pagi dan makan tengahari ditaja oleh Hotel Hyatt. Free lah maknanya. Hotel akan sediakan makanan untuk kesemua stafnya. Belanja lebih pun pada sabtu dan ahad je. Dan kadang kala sebelum balik kerja sempat juga kami ke cafe staf untuk makan, cover untuk makan malam, jadi bila balik mandi dan rehar-rehat saje sementara menunggu tidur.
     Lepas rehat tengahari kami segera ke pejabat ambil gaji. Untuk pekerja kontrek macam kami ni gaji akan dibayar cash. Ambil, sign pada nama dan blah sambung kerja semula.
     "Jom malam ni kite lepak makan kat Seksyen Enam, ajak Naz dan Zack sekali." Wan mengajak aku makan disana. Katanya ada satu kedai siam ni tomyamnya agak power juga. Dia pernah makan disitu minggu lepas bersama Zack.
      "Boleh juga, balik ni kita terus ke sana sajelah, tak payah balik rumah dulu." Kata aku. Aku ni bila dah balik terasa malas dah nak keluar semula, jadi lebih elok lah pergi kesana terus. Sebelum balik macam biasa kami tunggu Naz dulu dekat bawah dan bagitahu Zack tentang tu.
     "Korang pergi dulu, tunggu kat kedai. Aku ada hal sekejap nak ke farmasi." Kata wan sambil tangannya menunding ke arah kedai siam tu. Aku segera kesana dan Zack dah pun tercegat di tepi kedai menunggu kami. Duduk dan memesan makanan. Mee tomyam power dan sirap bandung, menjadi menu aku dan yang lain memesan menu merujuk dari menu yang tertera di papan menu kedai. Beberapa minit kemudian Wan sampai dan segera membuat pesanan makanan.

     "Kau ke farmasi tadi beli apa Wan?." Soal aku kerana hairan dan Naz dan Zack berborak isu Hotel.
     "Ubat, sakit kepala." Jawapan ringkas dari Wan. Aku dah malas nak bertanya lagi, terus aje sambung menghidup kuah tomyam tu.
     Setahu aku selama berada disini tak pernah pula aku nampak si Wan ni sakit kepala mahupun demam. Cuma ada sekali tu dia mengadu kakinya sakit sebab terseliuh masa berlari naik tangga Flat Kantan tu. Masa tu dia nak segera ke atas, perutnya memulas sakit merisaukan ada sesuatu yang tercicir jadi dia memilih untuk berlari naik sahaja.
     Kami segera menghabiskan makanan dan pulang ke rumah. Aku, Wan dan Naz balik dengan berjalan saja, rumah kami cuma beberapa kilometer dari situ. Si Zack pula mahu ke Shah Alam, katanya ada sesuatu yang nak dibuatnya disana. Jadi kami segera pulang tanpanya. Ketika dalam perjalanan itu aku perasan Wan menelan beberapa biji ubat. Warnanya putih dan kecil. Aku tak ambil peduli sangat. Kami teruskan berjalan sehingga ke rumah.
     "Siot betul lah, aku tertinggal kunci rumah lah beb, aku letak dalam locker dekat hotel." Wan memberitahu aku. Pintu diketuk dengan harapan Lan ada didalam. Disebabkan waktu kerja kami bertiga sama jadi aku biarkan Wan seorang saja memegang kunci rumah. Sengaja aku tidak menyalin pendua.
     "Ah! Celake sudah sampai, macam mana kita nak masuk rumah ni?." Soal Naz kebingungan. Aku pula terdiam dan menarik nafas panjang. Rasa seperti nak marah pun ada sama. Bercampur gaul. Tiada jalan lain kami membuat keputusan untuk menunggu Zack atau Lan pulang. Dalam keadaan letih kami habiskan masa menunggu tu di tangga Flat Kantan.
    Bahu kanan aku digoyang keras dan aku tersedar dari tidur. Zack berada dihadapan aku. Punyalah penat sampaikan kami bertiga tertidur disitu. Zack ketawa melihat kami, ketawanya dibawa hingga ke dalam rumah. Aku segera mencapai tuala, mandi. lepas dari tu aku sambung tidur semula. Pengsan.
     Pagi tu aku bangun lewat, dan semua lewat, aku, Wan dan Naz. Zack sengaja untuk lewat disebabkan dia cuti. Kebiasaannya jika antara kami bertiga tak sedar Zack lah yang akan kejutkan kami, dia selalu bangun awal pagi.
     Aku mandi cincai saje, siap dan bergegas keluar ke pondok bas. Tak lama kemudian Naz dan Wan pun tiba. Tadi aku tinggalkan mereka berdua, bersiap bagai mak nenek, punya lama, aku bukan apa takut-takut terlepas bas pagi tu. Jadual perjalanan bas kat sini berselang tiga puluh minit, kalau aku terlepas bas yang biasa aku naik tu aku kena tunggu tiga puluh minit lagi untuk dapatkan bas yang lain. Bas ni tak pula ikut masa tetap, kadang kala awal dan kadang kala lewat hingga sepuluh minit.
     Jam ditangan aku menjarum pada angka lapan dan tiga.
     "Ah celake!, korang tau tak dah pukul berape sekarang ni?, pukul lapan suku taw tak, sah dah kita ni kena lagi hari ni, mampos." Soal aku pada Wan dan Naz, aku soal dan aku jawabnya juga. Mereka berdua hanya diam. Bakar rokok dan asapnya hembus dengan rakus.Tenang.
     Hari tu kami datang lewat lagi. Dan macam seperti biasa lah bila sudah lewat mesti kena mengadap encik menager HR. Encik Roslan namanya. Dia ni tegas dan alim orangnya. Apa lagi ditarbiahnya lah kami bertiga. Bersih!. Kalau tak silap kami kali ni adalah kali yang keempat kami lewat, dan kali keempat juga lah ditarbiah. Insaf, sekejap.

Tamat bhg.3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan